Menurut Julfekar, dua artis di bawah naungan syarikatnya, MilleniumArt dan Dream Music Sdn Bhd, Min Yasmin dan Hafeez Hai yang mengajaknya bermain badminton dan dia dengan penuh bersemangat membeli satu set peralatan dan pakaian sukan.
“Terus Min dan Hafeez menghubungi ambulans dan saya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras. Sebaik saja tiba di hospital, menerusi pemeriksaan awal mendapati gelinciran pada tulang pinggul saya tetapi pihak hospital akan mengesahkannya selepas membuat rawatan susulan pada 12 Julai ini,” katanya.
ANGGOTA paramedik merawat Julfekar. |
Buat masa ini Julfekar diminta berehat dulu sebelum dia datang semula ke hospital untuk menjalani pemeriksaan Imbasan Resonen Magnetik. Bagaimanapun menurutnya, dia tidak boleh berehat kerana banyak kerja.
Ketika dihubungi semalam, dia berada di studio merakamkan lagu raya bersama artis syarikatnya dengan bertongkat.
“Saya sudah sewa studio ini, jadi saya perlu selesaikan kerja mengikut jadual. Walaupun masih sakit dan terpaksa bertongkat, saya datang juga. Hati rasa muda, tetapi usia tua tidak boleh dilindungi. Selepas ini terpaksalah saya menjaga kesihatan,” katanya..sumber:
Info Hangat Terbaru