Kejam ! Lelaki Ini 30 tahun Dikurung Kerana Gila


Beijing: Seorang lelaki tidak siuman dikurung oleh ibu bapanya sejak 30 tahun lalu.

Dong Hai, 46, dikurung dalam pondok batu berukuran lima meter persegi di belakang kediaman ibu bapanya selepas mereka bimbang dia akan mencederakan orang lain.


Dong Watou dan isteri Xiao Hong dari Longhai di wilayah Fuji, tenggara China berkata, mereka merayu beberapa hospital untuk mendapatkan bantuan apabila anak tunggal mereka itu semakin agresif kerana masalah mental.

Usaha mereka bagaimanapun tidak mendapat layanan dan pasangan itu terpaksa menghabiskan sejumlah besar wang untuk merawat Hai dalam masa setahun.


HAI tidak pernah melihat dunia luar sejak lebih 30 tahun lalu.

HONG memandikan anaknya menerusi lubang kecil pondok itu.

WATOU dan isteri, Xiao.


Selepas puluhan tahun menghentikan rawatan itu kerana masalah kewangan, pasangan yang sudah berusia 70 tahun itu semalam menyuarakan kebimbangan mengenai nasib yang akan menimpa Hai pabila mereka mati kelak.

Keadaan keluarga itu bertambah teruk apabila kerajaan mengambil tanah di kampung mereka untuk projek pembangunan hartanah, menyebabkan pasangan itu hilang punca pendapatan.

Kini mereka melakukan pelbagai kerja untuk menampung kehidupan.HARIANMETRO

Info Hangat Terbaru

6 Lelaki Cedera Terkena Tembakan Rambang


ANGGOTA polis mengangkat mangsa yang cedera ditembak di rusuk kanan.


NIBONG TEBAL - Enam lelaki yang sedang minum di sebuah kopitiam di Taman Kasawari, Simpang Ampat dekat sini cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan secara rambang malam kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.40 malam itu, enam mangsa yang berusia 30 hingga 50 tahun itu cedera di badan, rusuk dan punggung selain luka di kaki dipercayai terkena serpihan peluru.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, kejadian itu dilakukan oleh dua suspek yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Info Hangat Terbaru

Menarik ! Keindahan Lukisan Dinding Mural di Nepal.

 Ibu kota Nepal di sini diberi wajah baharu oleh sepasukan artis seni yang ditubuhkan untuk mengindahkan bandar raya tersebut dengan melukis berpuluh-puluh mural atau lukisan dinding dan tembok.
Pengarah projek berkenaan, Yuki Poudyal berkata, mural yang dilukis itu memaparkan isu-isu sosial Nepal termasuk permerdagangan kanak-kanak.
Katanya, lakaran seni visual dinding itu diilhamkan bagi mengganti risalah politik, poster filem dan iklan membosankan yang ditampal pada dinding di sini.
Seramai 60 artis seni terlibat di dalam projek berkenaan yang dinamakan Kolor Kathmandu.
Inisiatif itu bermula Januari lalu dan sampai ke kemuncaknya pada Khamis lepas dengan pelancaran sebuah buku fotografi pada mural.
"Kathmandu merupakan sebuah bandar raya seni dan budaya.
"Namun, setelah saya kembali ke Nepal selepas lima tahun belajar di Amerika Syarikat saya melihat bandar ini dipenuhi poster yang membosankan," kata Poudyal.
Tambahnya, pasukan artis seni dari 20 negara menjadikan beberapa bangunan awam dan swasta sebagai kanvas mereka.
Dalam tempoh sebulan sahaja sebanyak 75 mural telah berjaya dihasilkan.


Kesemua mural itu memaparkan tema keagamaan dan abstrak di samping mengetengahkan masalah sosial di Nepal termasuk diskriminasi kasta.









Info Hangat Terbaru

Pelik ! Lelaki tinggal di gua selama 20 tahun

FENG MINGSHAN memanjat lereng sebuah bukit untuk memasuki gua pada ketinggian 50 meter dari tanah Xi'an, dalam wilayah Shaanxi di barat laut China.



XI'AN - Seorang lelaki China yang mahu mencari ketenangan bertindak memencil diri dengan tinggal di dalam sebuah gua di sini, dalam wilayah Shaanxi sejak 20 tahun lalu, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Feng Mingshan, 54, menjadikan sebuah gua setinggi 50 meter sebagai tempat tinggalnya sejak 1993.

Dia juga terpaksa memanjat tebing sebuah bukit setiap kali mahu memasuki rumah unik yang dibinanya.

Media tempatan melaporkan bahawa Mingshan menemui gua tersebut ketika dia masih remaja.

Dia sebelum ini membawa diri meninggalkan Bandar Gaoba, di barat laut wilayah Shaanxi, China pada 1993 kerana tidak tahan dengan kerenah orang ramai.

Abangnya, Feng Xueming berkata, Mingshan memiliki perangai pelik.

"Perangai abang saya pelik. Dia tidak suka berkomunikasi dengan orang lain," katanya.

Sejak 20 tahun lalu Mingshan telah berusaha membesarkan ruang di dalam gua yang didudukinya. Dia juga memahat tempat berpegang pada dinding batu di luar gua itu untuk membantunya bergerak di tebing yang curam.










Info Hangat Terbaru

Deejay Era FM diarah mohon maaf isu kenyataan 'cap ayam'



MIRI - Deejay Era FM iaitu Johan, Ray dan Hanif akan memohon maaf kepada juara Liga Perdana Sarawak berhubung komen ’cap ayam’ dalam rancangan Johara Pagi Era minggu depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio Sdn. Bhd. (Astro Radio), Dr. Jake Abdullah berkata, beliau sudah memanggil deejay berkenaan semalam dan memberi amaran kepada mereka agar tidak lagi mengeluarkan komen negatif berkaitan mana-mana pasukan bola sepak di negara ini.

"Minggu depan, anda akan mendengar permohonan maaf berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian majlis peluasan Era FM, hitz FM dan MY fm ke Bandar Miri hari ini.

Beliau mengaku benar-benar kecewa selepas mengetahui insiden itu, yang menimbulkan kemarahan peminat Sarawak sehingga terdapat ancaman bunuh terhadap Johara.

"Orang yang tidak ghairah dengan bola sepak tidak akan faham,” katanya sambil menambah Era FM sentiasa menyokong Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) sejak 2010. - Bernama



Info Hangat Terbaru

Menarik ! Foto Lawak Giler (vol 110)




 Salam semua pembaca blog memekkubasah kali ini memekkubasah nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog memekkubasah ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.







Info Hangat Terbaru

Menarik ! Foto Lawak Bergerak (part 152)

Salam semua pembaca blog memekkubasah kali ini memekkubasah nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog memekkubasah ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.

daily-gifdump-210 

daily-gifdump-210 

daily-gifdump-210 

daily-gifdump-210 

daily-gifdump-210

Info Hangat Terbaru

Menakjubkan ! Lelaki Tertua Didunia di Bolivia



 Seorang lelaki berbangsa Aymara di sini mencatat rekod terbaharu sebagai orang paling tua di dunia pernah direkodkan dalam rekod pendaftaran Bolivia.
Lelaki itu, Carmelo Flores Laura didakwa berusia 123 tahun pada bulan lalu oleh rekod pendaftaran umum negara tersebut. 


CARMELO FLORES LAURA bergambar di samping cicitnya di luar rumahnya di perkampungan Frasquia, Bolivia


Laura tinggal di sebuah pondok beratapkan jerami dan berlantaikan tanah pada kedudukan 4,000 meter di sebuah kawasan desa di pergunungan terpencil dekat Tasik Titicaca.

Warga emas itu bertutur dalam bahasa Aymara dan tidak mempunyai gigi, namun, dia masih mampu berjalan tanpa menggunakan tongkat, tidak memakai cermin mata serta mempunyai masalah pendengaran.


CARMELO FLORES LAURA  melepak sambil mengenangkan nasib beliau 


"Penglihatan saya sedikit kabur, Saya boleh melihat dengan baik sebelum ini tetapi saya nampak kamu datang," katanya kepada sekumpulan wartawan yang melawatnya.
Guinness World Records memberitahu, individu paling tua yang masih hidup direkodkan ialah Misao Okawa dari Jepun yang berusia 115 tahun. 


Umur manusia paling tua direkodkan adalah 122 tahun dan 164 hari milik Jeanne Calment dari Perancis. Dia meninggal dunia pada tahun 1997.

"Saya sepatutnya berusia 100 tahun atau lebih," kata Carmelo.
Pengarah pendaftaran sivil Bolivia, Eugenio Condori menunjukkan sijil pendaftaran yang mencatatkan tarikh lahir Carmelo adalah pada 16 Julai 1890


.
Info Hangat Terbaru

Koleksi Foto Tatu Terbaik 2013

 
Tatu ialah tanda yang dibuat dengan meletakkan pigmen dakwat ke dalam kulit. Tatu boleh dibuat pada kulit manusia atau haiwan. Tatu pada manusia ialah jenis hiasan tubuh, tetapi tatu pada haiwan selalunya untuk pengenalan.


Perbuatan bertatu diamalkan di seluruh dunia. Masyarakat Ainu, orang asli di Jepun memakai tatu muka. orang-orang Polinesia, sesetengah suku di Filipina, Borneo, Afrika, Amerika Utara dan Selatan, Mesoamerika, Eropah, Kemboja dan China turut memakai tatu. Walaupun sering dikaitkan dengan pantang larang, tatu terus diamalkan dalam dunia moden.






















Info Hangat Terbaru