Menarik ! Foto Pelawak "Charlie Chaplin" Dari Muda Hingga Tua.



Sir Charles Spencer "Charlie" Chaplin, KBE (16 April 1889 - 25 Disember 1977) adalah seorang pelawak, pelakon dan pengarah filem Inggeris. Chaplin menjadi salah seorang pelakon dan pembuat filem, komposer dan pemuzik terkenal pada awal hingga pertengahan era sinema Klasik Hollywood di Amerika Syarikat. Beliau juga terkenal kerana kemahiran berlawak dan komedi slapstik.


 
Chaplin merupakan satu personaliti yang paling kreatif dan berpengaruh pada era filem-senyap. Dia telah dipengaruhi oleh pelawak sebelumnya, pelawak filem senyap Perancis, Max Linder, yang dia tujukan salah satu filemnya. 


Kehidupannya dalam dunia hiburan merentangi selama lebih daripada 75 tahun, dari pementasan era Victoria dan dewan muzik di United Kingdom sebagai pelakon kanak-kanak, sehingga hampir dengan kematiannya pada umur 88. Kehidupan awamnya yang berprofil tinggi dan persendirian merangkumi kedua-dua sanjungan dan kontroversi. Chaplin telah dikaitkan dengan politik berhaluan kiri ketika era McCarthy dan dia akhirnya terpaksa berpindah ke Eropah dari 1952.

1915

                           
                            Latar belakang dan kesukaran zaman kanak-kanak 



Charles Spencer Chaplin dilahirkan pada 16 April 1889 oleh ibunya Hannah Chaplin (née Hannah Harriet Pedlingham Hill, 1865–1928) dan bapanya Charles Chaplin Sr. (1863–1901). Tidak terdapat rekod rasmi kelahirannya, sungguhpun Chaplin percaya bahawa dia dilahirkan di East Street
Walworth,diselatan London

Ibu dan bapanya telah dilahirkan empat tahun sebelumnya, pada masa yang mana Chaplin Sr. menjadi penjaga sah bagi anak luar nikah Hannah, Sydney Chaplin (1885–1965).Pada masa kelahirannya, keluarga Chaplin kedua-duanya adalah penghibur di dewan hiburan tradisi: Hannah, anak pada pembuat kasut, mempunyai kerjaya ringkas dan tidak berjaya menggunakan nama pentas Lily Harley, sementara Charles Sr., anak tukang penyembelih, bekerja sebagai penyanyi popular.

 Keluarga Chaplins menjadi renggang sekitar 1891; setahun kemudian, melahirkan anak ketiga — Wheeler Dryden bersama penghibur dewan muzik Leo Dryden. Anak tersebut diambil oleh Dryden ketika berusia enam bulan dan tidak menyertai kehidupan Chaplin selama 30 kemudian.




Zaman kanak-kanak Chaplin ini adalah dipenuhi dengan kemiskinan dan kesusahan, mendorong penulis biografinya David Robinson untuk menerangkan trajektori akhirnya sebagai "cerita yang paling dramatik dari kemiskinan kepada kekayaan yang pernah diceritakan."Tahun-tahun awalnya dihabiskan bersama ibu dan adik beliau di daerah Kennington, London; Hannah tidak mempunyai cara pendapatan, selain daripada kejururawatan sekali-sekala dan menjahit, dan Chaplin Sr tidak memberikan sokongan untuk anak-anaknya.


 Disebabkan kemiskinan ini, Chaplin telah dihantar ke rumah kerjaketika berusia tujuh tahun. Majlis perbandaran menempatkannya di Sekolah Daerah Pusat London untuk orang miskin, yang diingati Chaplin sebagai "satu kewujudan yang menyedihkan". Dis disatukan bersama ibunya sekejab ketika berusia sembilan tahun, sebelum Hannah terpaksa memasukkan keluarganya kembali ke rumah kerja pada Julai 1898. Budak-budak tersebut segera dihantar ke Sekolah Norwood, satu lagi institusi kebajikan.



1918
 

Pada September 1898, Hannah Chaplin telah dimasukkan ke pusat mental "Cane Hill" kerana dia kelihatannya mengidap psikosis yang disebabkan oleh kekurangan zat dan jangkitan sifilis. Chaplin teringat kesedihan akibat berita itu: "Mengapakan ini berlaku? Ibu, begitu penyayang dan gembira, bagaimana dia boleh jadi tidak siuman?". Untuk dua bulan ketika dia berada di sana, Chaplin dan adiknya telah dihantar untuk tinggal bersama bapa mereka, yang mereka hampir-hampir tidak kenali.


Charles Chaplin Sr, ketika itu merupakan penagih alkohol yang teruk, dan kehidupan bersama lelaki tersebut adalah cukup buruk untuk menyebabkan lawatan dari Persatuan Kebangsaan bagi Pencegahan Kekejaman Kanak-kanak. Dia meninggal dunia dua tahun kemudian, ketika berusia 37 tahun, akibat sirosis hati.

1919

1923


1929




1931


1952

1965



1967


.
Info Hangat Terbaru