Menakjubkan ! 5 Hotel Dibina Atas Pokok Yang Unik


Biasanya, Hotel dibina dari permukaan tanah. Atau mungkin, Hotel itu dibina di kawasan sekitar pantai, agar pengunjung boleh mendapatkan view pantai yang indah dan pengunjung juga dengan mudah boleh melawat pantai tersebut. Tapi pernahkah anda bayangkan, bahawa hotel tersebut berada di atas pokok? Atau lebih gila lagi, di tengah hutan? Ini dia 5 Hotel Dibina Atas Pokok Yang Unik:
1. Tree Houses, Montville, Australia


Sebuah hotel unik berupa rumah pokok yang terletak di kawasan Taman Nasional Kondalilla, Montville, Australia. Hotel diatas pokok ini mempunyai pemandangan dan atmosfera yang boleh memanjakan para tetamu. Matahari pagi serta udara yang segar ditambah suara merdu burung Nuri seakan memecah keheningan hutan di Taman Negara Kondalilla. Banyak para pelancong yang sengaja melakukan hiking di kawasan Tamanan Nasional Kondalilla dan berehat di hotel diatas pokok.
2. Kadir s Tree Houses, Turki


 

Hotel diatas pokok yang tak kalah unik ini terletak di sebuah desa di kawasan Olympos, Turki. Rumah Pokok Kadir (Kadir s Tree Houses) adalah salah satu tempat kegemaran para backpacker yang berdatangan dari kawasan Eropah bahagian timur di Turki. Selain murah, hotel  ini juga menyajikan pelbagai hidangan sihat, bahkan banyak diantaranya adalah makanan vegetarian.
3. Tree House Lodge, Costa Rica

 
Apakah anda pernah membayangkan mandi di bawah pancuran di atas pokok berumur 100 tahun? Nah anda boleh melakukan itu di Puerto Viejo de Talamanca, Costa Rica. Tepatnya di sebuah hotel yang dibina di atas sebuah pokok yang bernama Tree House Lodge. Selain memiliki seni bina yang bagus, hotel ini pun menyajikan pemandangan hutan tropika yang khas. Anda juga boleh menyaksikan pelbagai macam jenis burung, juga pengunjung hotel boleh mengamati kehidupan reptilia aboreal (reptilia yang hidup di atas pokok) .
4. Cedar Creek Treehouse, Amerika Utara


Hotel yang satu ini berada di sekitar Gunung Rainier, Amerika Utara. Mungkin di antara semua hotel yang ada di dalam senarai ini rumah pohon Cedar Creek lah yang paling ekstrem. Berada di kawasan pergunungan khas Amerika Utara yang dikenal dengan udara dinginnya, rimbunan daun pokok-pokok dan legenda tempatan membuat hotel diatas pokok ini layak untuk didiami ketika berkunjung di Gunung Rainier.
5. Ariau Amazon Towers, Brazil


 

Hotel diatas pokok yang terakhir ini terletak di kawasan Sungai Amazon tepatnya di Manaus, Brazil.Hotel Ariau Amazon Towers kerap dikatakan sebagai hotel diatas pokok terbesar di dunia. Selain boleh melayari kawasan hutan hujan Amazon, para pengunjung pun akan diberi pemandangan yang amat jarang dilihat di Sungai Amazon. Hotel ini dibina pada 1986 oleh Dr. Fransisco Ritta Bernardino. Menariknya lagi, hotel ini pernah dikunjungi oleh Putera Charles, Bill Gates, Susan Sarandon, dan masih banyak lagi.

 .

Info Hangat Terbaru