Kanak-kanak 12 Thn Temui Berlian 5.16 Karat di Arkansas

MICHAEL DETTLAFF menjumpai sebutir berlian pada 31 Julai lalu ketika bercuti bersama keluarganya di Taman Negara Arkansas.


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun menemui sebutir berlian seberat 5.16 karat baru-baru ini, lapor sebuah akhbar.

Kanak-kanak itu, Michael Dettlaff menjumpai berlian tersebut pada 31 Julai lalu di Taman Kawah Berlian yang terletak di sebuah taman negara di negeri Arkansas.

Dia menemui batu permata itu semasa sedang bercuti bersama keluarganya.

Seorang pegawai taman tersebut berkata, kanak-kanak itu menemui berlian berwarna coklat madu itu selepas menggali kurang dari 10 minit.

Menurutnya, kanak-kanak itu menamakan berlian tersebut sebagai Berlian Kebesaran Tuhan.

"Ia sangat menyeronokkan apabila seorang kanak-kanak menemui sebutir berlian di sini.

"Michael berasa teruja selepas menemui berliannya sendiri," kata pemandu arah taman itu, Waymon Cox.

Cox berkata, berlian itu bersaiz sebesar sebiji kacang dan ia merupakan berlian ke-328 yang ditemui pada tahun ini.

Bekas lombong berlian itu dijadikan taman negara pada tahun 1972 dengan pengunjung dibenarkan menggali berlian






Info Hangat Terbaru