Mamat Sepah Serius Mahu Memperisterikan Syafiqa




Bekas ahli kumpulan Sepah, Mamat kini sudah punya teman pengganti selepas putus cinta dengan pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim (Fida) sebelum ini. Gadis yang dilihat turut hadir di majlis Anugerah Lawak Warna tempoh hari di Istana Budaya adalah seorang pelajar yang sedang menuntut di Management and Sciense University (MSU) iaitu Nurul Syafiqa Zakaria, 23.

Menurut Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad, mereka sudah pun bercinta sejak setahun yang lalu dan bersyukur kerana hubungan mereka berjalan lancar tanpa sebarang halangan.

“Kami sudah pun bercinta sejak setahun yang lalu dan saya bersyukur kerana Syafiqa banyak memberi semangat dan membantu saya dalam pelbagai perkara. Kami berkenalan sewaktu saya dihentam teruk gara-gara kontroversi suatu masa dahulu.

“Alhamdulillah dia (Syafiqa) seorang yang banyak beri semangat untuk saya teruskan kerjaya saya dalam bidang seni. Dia juga seorang wanita yang sangat istimewa buat diri saya selepas keluarga tercinta,” ujar Mamat panjang.

Ditanya mengenai hasrat mendirikan rumahtangga, Mamat mengakui sudah bersedia untuk menjadi suami kepada Syafiqa tetapi tidak dalam masa terdekat atau tergesa-gesa kerana menghormati teman wanitanya itu yang masih menuntut di universiti.

Dalam pada itu, Mamat kini sedang dalam usaha untuk memberi tumpuan sepenuhnya dengan karier seni selepas apa yang telah terjadi sebelum ini terutamanya selepas kumpulan Sepah berpecah pada tahun 2011.

“Saya kini sedang berusaha untuk memgembangkan semula karier seni saya selepas pelbagai masalah kontroversi yang melanda saya. Saya mahu lebih positif selepas ini dan tidak mahu mengingatkan kembali kisah-kisah lama.

Mamat juga turut merasa bangga melihat kejayaan Jepp di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini dan mengharapkan rakannya itu akan terus maju dan berjaya dalam indsutri seni tanah air.

“Saya cukup berbangga dengan kejayaan Jepp sebab saya tahu dia memang seorang yang berbakat. Jepp berjaya mengharumkan nama kumpulan Sepah atas kemenangannya malam ini. Tidak lupa Shuib yang turut sama dilihat sudah pun mengukuhkan namanya sebagai antara pelawak terhebat tanah air.

“Harapan saya supaya mereka berdua akan terus menaikkan martabat industri lawak tanah air dan dipandang tinggi oleh masayarakat,” katanya mengakhiri perbualan.
.astrogempak.com




Info Hangat Terbaru