Unik ! Rakyat China Bermain Mahjung di Dalam Air .

SERAMAI empat orang penyelam menyusun strategi ketika bermain mahjung di dalam sebuah kolam renang di Changsha, China.


Keadaan cuaca panas yang melanda China baru-baru ini telah memaksa empat orang penyelam bertindak kreatif dengan bermain mahjung di dasar sebuah kolam renang untuk menyejukkan badan masing-masing, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Keempat-empat penyelam tersebut bertindak demikian ketika suhu panas mula mencecah 41 darjah Celsius pada minggu lalu. 


 

 

"Bermain mahjung di dalam air hanya untuk bersuka ria. Alasan sebenarnya adalan untuk menyejukkan badan," kata salah seorang penyelam, Zhang Pin di bandar Xiangtan.

Menurutnya, pada kedalaman 5.5 meter, suhu berada pada serendah 24 darjah Celsius dan boleh menjadi lebih sejuk lagi.

Semua penyelam tersebut memakai pakaian renang dan kelengkapan pernafasan semasa menyelam. Mereka juga menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dan bermain mahjung.

Meja dan buah mahjung yang digunakan diperbuat daripada bahan-bahan berat bagi memastikannya tidak terapung
.

Tidak ketinggalan juga ada setengah rakyat china Bermain mahjung di kawasan perkelahan terutama sekali di kawasan sungai . Jom saksikan gelagat rakyat china ini.











Info Hangat Terbaru