Unik ! Warna -warni Memukau di Festival Holi di US






Festival Warna Holi (Holi Festival of Colors) adalah sebuah festival agama Hindu yang sering dirayakan di India dan Nepal. Namun kerana keunikannya, Festival Warna Holi menjadi popular dan diraikan bahkan oleh mereka yang bukan beragama Hindu.

Festival ini, bagi orang Hindu, adalah merayakan selamatnya Prahlada dari koban api dan terbakarnya Holika (setan perempuan) ke dalam korban api, padahal Holika sebenarnya mempunyai kekuatan tahan terhadap api.

Festival Warna Holi biasanya dilakukan setiap musim sejuk berakhir. Para penganut percaya bahawa awal musim panas harus dirayakan dengan penuh keceriaan dan meriah sebagai tanda syukur kepada dewa-dewi. Salah satu caranya adalah dengan saling "menabur" warna.

Daya tarikan utama dari festival ini adalah warna dan kerana warna itu bersifat universal, maka festival ini dengan cepat menjadi popular dikalangan kebanyakan orang. Festival Warna Holi kini tidak hanya dirayakan oleh mereka yang memeluk agama Hindu sahaja melainkan juga orang lain sebagai bentuk tidak kepedulian untuk ikut memeriahkan acara tersebut.

Berikut adalah contoh kemeriahan yang nampak pada sebuah Fesival Warna Holi di Utah, Amerika :











 .

Info Hangat Terbaru

Johan As`ari Rancang Bertunang Hujung Tahun Ini

SELAIN khabar angin dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta, pelakon Johan As’ari juga dikatakan bakal mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya.

Ditanya mengenai perkara itu pada empunya badan, bintang Karlos ini menjelaskan bahawa dia kini masih dalam proses mengenali hati budi seseorang.

Menurut Johan, jika jodohnya sudah tertulis bersama gadis itu, dia mahu segera mengikat tali pertunangan terlebih dahulu sebelum ke alam perkahwinan.

“Sebenarnya saya masih lagi ‘single’ dan pada masa yang sama saya sedang mengenali hati budi seseorang. Bagi saya jodoh itu rahsia tuhan dan saya hanya berserah.

“Kalau dia pilihan yang tepat, saya akan buktikan perasaan cinta itu melalui ikatan pertunangan sebelum mendirikan rumah tangga. Itu adalah sasaran saya,” jelasnya.

Tambah Johan lagi, jika semuanya berjalan dengan lancar mungkin dia akan mengikat tali pertunangan bersama gadis pilihannya itu pada hujung tahun ini sebelum berangkat ke Dubai untuk penggambaran drama saluran RTM Disember ini.

“Cerita pasal tunang itu adalah sasaran. Lagi pun usia saya sudah meningkat 26 tahun. Seandainya ada jodoh mungkin saya akan bertunang hujung tahun ini.

“Saya rancang untuk bertunang selama enam bulan sebelum bernikah. Mungkin dalam masa itu kami boleh berkenalan dengan keluarga masing masing,” katanya.

Belajar dari pengalaman

Lebih berhati-hati bicara soal cinta, Johan akui pengalaman lalu banyak mematangkan dirinya kini.

Menurutnya, tanpa pengalaman tidak akan berjaya jadi seorang manusia yang lebih memahami tentang soal perhubungan.

“Bagi saya perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Ikatan percintaan ini boleh  diibaratkan  seperti dua hati menjadi satu.

“Bila sudah sampai ke tahap seperti  itu, kita perlu lebih berhati-hati dan bertenang supaya semuanya dalam keadaan yang baik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan kini sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie ‘Karlos Raya’ yang bakal bersiaran pada sambutan Aidilfitri ini.sumber:sinar harian


Info Hangat Terbaru

10 Reka Bentuk Aquarium Paling Unik dan Aneh di Dunia

Seperti yang kita ketahui akuarium merupakan sebuah tempat peliharaan ikan  yang umumnya ditempatkan di sebuah tempat dengan sisi yangboleh di lihat dan diperbuat dari gelas atau plastik berkekuatan tinggi , di dalamnya hidupan dan tumbuhan air dan biasanya ikan.
Namun dapat juga ditemukan invertebrata, amfibia, mamalia laut dan reptilia dipaparkan, dan digunakan untuk tontonan awam. Nah, berikut ini adalah 10  reka bentuk Akuarium yang paling Unik dan Aneh di Dunia.
1. Aquarium wastafel



Aquarium unik ini dibuat agar kegiatan membosankan anak-anak mencuci tangan atau para ibu mencuci pinggan menjadi lebih bersemangat.
2. Aquarium terkecil di dunia


 


Ini adalah aquarium terkecil di dunia yang hanya mengandungi dua sudu teh air. Saiz aquarium ini panjang 3 sentimeter, lebar 2.4 sentimeter dan tinggi 1.4 sentimeter.

Bayangkan, bahkan jari anda tidak akan dapat masuk ketika ingin menangkap ikan yang ada di dalamnya.
3. Aquarium Kasut Nike


 

W + K Tokyo lab membuat aquarium dari pertindihan kasut Nike jenis klasik lengkap dengan 3 ekor ikan emas dan pokok palsu.

Pembuatan aquarium ini untuk persembahan acara 78 Nike.
4. Aquarium lantai tarian


 

Ada banyak bar di dunia yang dibina disekitar aquarium, tapi hanya bar di Austin, Texas yang bernama QUA Bottle Lounge bar yang membina aquarium itu dibawah lantainya yang diperbuat daripada kaca.
Ops, aquarium bawah lantai itu berisi penuh ikan yu pemakan daging.

5. Aquarium meja kerja


 

Jika anda biasanya menonton aquarium sambil berdiri, mungkin disini berbeza, sambil duduk disaat kerja.

Tentunya ikan-ikan yang indah akan mengurangkan sedikit tekanan fikiran pekerjaan anda.
6. Aquarium iMac


 

Aquarium ini diciptakan untuk peminat Apple di seluruh dunia.

Adapun bahan yang digunakan untuk membuat Aquarium iMac ini iaitu dari kitar semula komputer Apple iMac yang sudah tidak terpakai.

7. Aquarium Labyrinth


 

Didalam aquarium ini anda dapat melihat ikan berenang berpindah - pindah dari satu tempat ke tempat lain.

Sungguh menarik reka bentuk aquarium yang elegan dan sempurna, sesuai dengan harganya yang tidak murah, iaitu $ 6500 .
8. Aquarium paip kaca


 


Hanya penggemar ikan sajalah yang mahu membuat aquarium semacam ini.

Bagaimana tidak, mereka rela bersusah payah membuat aquarium yang dapat melingkari seluruh bilik rumahnya hanya agar dapat melihat ikan berenang ketika sedang duduk berehat.
9. Aquarium tempat tidur


 


Aquarium dan tempat tidur menjadi satu.
Mengandungi lebih dari 650 galon air, cukup membuat anda merasa seperti di dalam lautan ketika  tidur.
10. Aquarium beku


 

Aquarium ini terletak di pelabuhan Kesennuma, Jepun. Sungguh pun idea yang gila, untuk menarik pelancong mereka membekukan ikan, ketam, sotong dan spesies lain yang masih hidup ke dalam bongkah ais batu.

Kira-kira 450 spesies laut dimasukkan kedalam 50 bongkah ais dan dibekukan dalam suhu minus 20 darjah celcius.
Nah, itulah beberapa aquarium unik dan aneh yang pernah diciptakan, apakah kamu tertarik untuk menirunya?


 .
Info Hangat Terbaru

5 Muzium Dinosaur Popular di Dunia..

1. Muzium fuer Naturkunde, Berlin, Jerman
 


 
Saat ke Berlin, jangan cuma singgah ke Tembok Berlin. Cubalah sekali-kali datang ke Muzium fuer Naturkunde di Invalidenstrasse 43, Berlin. Ini adalah muzium sains yang mengumpul banyak rangka haiwan.
Sebahagian besar rangka digali dari Tanzania di abad ke-20. Yang paling menarik sekali adalah rangka Brachiosaurus setinggi 12 meter. Ini adalah rangka yang memegang rekod Guinness World Record dan mendominasi pandangan di ruangan galeri.
Tak hanya itu, Muzium fuer Naturkunde juga memaparkan fosil burung Archeopteryx. Jadi, datang ke sana, pelancong juga akan diberi tahu hubungan antara burung dan dinosaur.

 
2. Field Museum, Chicago, AS



 
Muzium dinosaur popular kedua di dunia adalah Field Museum di Chicago, AS. Pameran muzium yang bertemakan perkembangan planet didedikasikan untuk 4 bilion tahun evolusi dinosaur, seperti di Madagascar dan Antartika.
Daya tarikan utama muzium ini sudah terlihat dari pintu masuk. Anda akan mencari Sue, tyrannosaurus terbesar di dunia. Inilah spesimen popular yang ada di muzium.
Kenapa tidak , Sue hadir dengan tengkorak asli seberat 272 kg, lengkap dengan 58 gigi. Jikaingin tahu tentang habitatnya, pelancong boleh datang langsung ke muzium yang berada di S Lake Shore Drive, Chicago, AS.

 
3. Royal Belgian Institute of Natural Science, Brussels, Belgium
 


 
Muzium dinosaur popuar yang  lain adalah Royal Belgian Institute of Natural Science diBrussels, Belgium. Sama seperti muzium lain, tempat ini mempunyai rangka raksasa dinosaur.
Ada kira-kira 30 iguanodons, dinosaur yang diklasifikasikan pada tahun 1800-an. Haiwan ini mempunyai spike atau tanduk aneh di tubuhnya. Anda boleh melihatnya secara dekat di Rue Vautier 19, Brussels.

 
4. National Dinosaur Museum, Canberra, Australia

Australia ternyata juga mempunyai muzium dinosaur yang popular di dunia. Tak sekadar mempelajari haiwan zaman purba, muzium ini juga disebut sebagai tempatnya mengetahui sejarah Australia.
Berada di Gold Creek Road dan Barton Highway, Nicholls, ACT 2913, National Dinosaur Muzium menjadi tempat koleksi fosil dinosaur terbesar di Canberra. Selain mengumpul fosil dan jejak kaki, muzium ini juga mempunyai taman dengan patung dinosaur.


 
5. Royal Tyrell Museum of Paleontology, Alberta, Kanada
 

Berada di 1500 North Dinosaur Trail, Canadian Badlands, Royal Tyrell Muzium of Palentology menjadi rumahnya bagi lebih 130,000 fosil dinosaur, termasuk kerangka tyrannosaurus.
Tak hanya tyrannosaurus, muzium ini juga memaparkan model harimau dengan taring tajam yang sedang menyerang mammoth. Anda pun seakan dibawa ke zaman prasejarah.
Nah, untuk pelancong yang berminat untuk melihat bagaimana paleontologi bekerja, ada makmal yang boleh anda kunjungi. Di sana, pelancong boleh melihat bagaimana para ahli mengenalpasti fosil.

 .
Info Hangat Terbaru

Si Empat Mata Diburu Bantu Selesai Pembunuhan Pengasas Arab-Malaysian Bank

SI EMPAT MATA kini jadi buruan polis.

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi berusia 44 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan pengasas Arab-Malaysian Bank Husain Ahmad Najadi, 75, di tempat letak kereta di Jalan Raja Chulan, di sini, Isnin lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata, pemandu teksi terbabit ditahan jam 9 malam di sebuah restoran di Sri Petaling.

“Dia (pemandu teksi) dipercayai individu yang membawa pembunuh terbabit selepas insiden berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Menurutnya, siasatan awal pihaknya mendapati pemandu teksi terbabit mendakwa suspek (pembunuh) adalah pelanggan tetapnya.

“Pemandu teksi itu kemudian menurunkan suspek di Jalan Alor selepas mereka melarikan diri dari tempat kejadian,” katanya memberitahu, sehingga kini pemandu teksi terbabit mendakwa hanya dia dan suspek berada dalam teksi berkenaan namun siasatan mengenai kesahihan dakwaan itu sedang dijalankan kerana sebelum ini pihak berkuasa percaya terdapat tiga suspek dalam serangan berkenaan.

Ku berkata, polis juga akan mengambil percakapan dengan individu yang ditemui mangsa sebelum kejadian. Dalam perkembangan sama, Ku berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti pembunuh terbabit dikenali sebagai Jian atau digelar Si Empat Mata (Sei Ngan Chai).
“Jian dipercayai bergerak aktif di sekitar Taman Maluri, Cheras dan masih bersembunyi di sekitar Lembah Klang,” katanya memberitahu pihaknya sudah mengedarkan gambar suspek yang dapat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di tokong yang menjadi lokasi kejadian.

Katanya, dia berharap orang ramai akan memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihaknya dengan menghubungi Bahagian Siasatan Khas (D9) IPKKL di talian 03-21460685 atau Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS Polis KL (Rakan Cop) ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran.SUMBER:harian metro



Info Hangat Terbaru

Unik ! Lahirnya Bayi Gergasi Pecah Rekod Dunia

Seorang bayi mempunyai berat 6.1 kilogram (kg) dan berukuran 57.4 sentimeter dilahirkan di Jerman pada 26 Julai lalu.
Bayi sebesar itu biasa dilahirkan melalui pembedahan Caesarean, tetapi Jasleen dilahirkan secara normal.
Akhbar Der Spiegel melaporkan Jasleen dilahirkan di Hospital Universiti Leipzig dan ibu bayi itu berdepan masalah diabetes yang tidak dikesan.

Keadaan itu yang berlaku pada minggu ke-24 kehamilan boleh menyebabkan saiz bayi membesar lebih daripada biasa. 


PETUGAS hospital memeriksa Jasleen yang mempunyai berat 6.1 kilogram.

Walaupun kedua-dua ibu dan anak terbabit dalam keadaan baik, Jasleen masih berada di unit rawatan neonatal.
Dia kini secara rasminya menjadi bayi baru lahir terbesar di Jerman memecahkan rekod bayi lelaki bernama Jihad yang dilahirkan di Berlin pada 2011 dengan berat 5.8 kilogram.

Seorang ibu rakyat Britain melahirkan seorang bayi lelaki bernama George dengan berat 6.8kg pada Mac lalu.

George dilahirkan secara semula jadi dan menjadi bayi baru lahir kedua terbesar di Britain.

Yang mengejutkan tiada siapa menyedari ibu George bakal mendapat anak yang besar.

“Dia adalah satu kejutan besar kepada saya.

“Secara jujur, saya tidak ingat langsung. Saya berasa sakit dan kemudian dia keluar. Saya hanya ingat saya meneran dengan kuat,” katanya.

Menurut Buku Rekod Guiness, bayi baru lahir paling berat dilahirkan oleh wanita Kanada Anna Bates pada 1879.

Anak lelakinya mempunyai berat 10 kilogram ketika dilahirkan, tetapi meninggal 11 jam kemudian.

Info Hangat Terbaru

Lima maut, seorang cedera

JOHOR BAHRU: Lima maut dan seorang cedera apabila kenderaan pelbagai guna Honda Odyssey dinaiki merempuh pokok dan tiang lampu dalam kejadian di Kilometer 21 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam di sini, jam 2 pagi tadi.

Ketua polis daerah Kulaijaya Superintendan Zulkefly Yahya berkata, kemalangan berlaku apabila Honda Odyssey itu terbabas dan ternaik ke pembahagi jalan sebelum merempuh pokok serta tiang lampu.

Lima yang maut ialah Hairul Adham Abidin, 25, Nazierul Khalies Mohd Ashari, 19, Nor'ain Alias, 23, Mohd Fadzli Mohd Fakri, 20, dan seorag lagi dikenali sebagai Su, 23.

Mangsa yang cedera ialah Nor Sharifah Hazwani Bardaidi, 23.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulajaya untuk bedah siasat manakala yang cedera ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk rawatan.sumber:harian metro



Info Hangat Terbaru

Aneh ! Kambing Jantan Bersuara Ayam Betina (video)


Kambing jantan dengan suara ayam betina sangatlah pelik dan sukar  untuk didapati di dunia. Kambing ini bukan hanya bersuara ayam betina tapi juga mengikuti tingkah laku ayam. 

Cuba ionton dalamvideo di bawah kambing tersebut mengejar pemiliknya sambil seolah mematuk kaki pemiliknya. Rakaman suara kambing mirip ayam betina ini di uploads di laman perkongsian video Youtube oleh akaun Katrina Dufrene.

 Hingga kini video berjudul Goat think s it s a chicken 'Kambing berfikir dia itu ayam' sudah dilihat 247,o66 kali. Selain kambing lucu ini, rakaman kambing bernyanyi mirip selebriti Taylor Swift juga sudah banyak ditonton kira-kira 16 juta kali. Ingin lihat video kambing bersuara ayam?. Ayuh jom saksikan video menarik ini




Info Hangat Terbaru

Digam Stesen TV, Faizal Tahir Mahu Bersikap Positif


Rasanya ini bukan kali pertama penyanyi popular Faizal Tahir digam stesen televisyen, sebelum ini dia pernah menimbulkan kontroversi gara-gara tindakannya membuka baju ketika persembahan. 

Baru-baru ini, Faizal Tahir sekali lagi digam oleh sebuah stesen televisyen swasta, namun atas sebab-sebab yang kurang jelas. Mengulas lanjut tentang perkara tersebut, pelantun lagu Hanyut ini berkata, ia sama sekali menganggap ianya tidak mengganggu periuk nasinya sebagai anak seni.

"Tiada apa yang perlu saya komen tentang perkara ini. Pihak yang tertentu seharusnya perlu beri jawapan tentang isu ini. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana saya mahu bersikap positif dengan apa yang berlaku.

"Saya percaya rezeki di tangan Tuhan dan ianya ada di mana-mana. Ianya sama sekali tidak menganggu karier nyayian saya. Saya mahu bersikap realistik dan diplomatik dalam perkara ini kerana saya berada di landasan yang benar. Tidak perlu saya melawan benda yang betul," jelas Faizal Tahir ditemui ketika majlis buka puasa bersama syarikat rakaman Monkey Bone di Hotel Maya.

Tambah Faizal lagi, dia mahu fokus dengan album ketiganya yang berada di pasaran sejak empat bulan lalu dan tidak mahu ambil pusing tentang perkara remeh seperti ini.
"Fokus utama saya adalah album ketiga saya ini dan saya tidak mahu perkara seperti ini akan menghalang kerja-kerja harian saya. Tambahan pula jualan album ketiga ini agak perlahan dan ada beberapa perkara yang perlu dirancangkan kembali.

"Saya perlu duduk dan bincang semula tentang perkara ini kerana apa yang saya lihat ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Pada pandangan saya peminat-peminat sekarang ini lebih gemar dengan lagu 'single' berbanding pengeluaran album.

"Insya Allah beberapa perancangan telah dibuat untuk mempromosikan album ketiga ini selain dari jelajah seluruh negara yang telah saya buat baru-baru ini," katanya lagi.

Sementara itu, Faizal juga melahirkan rasa gembira dan syukur kerana kehadiran cahaya mata yang kelima iaitu Puteri Nawar Malaeka yang selamat dilahirkan dua bulan. 

Kelahiran puterinya yang kelima itu banyak beri ruang rezeki kepada dirinya dan keluarga.
"Alhamdulillah kehadiran cahaya mata saya yang kelima ini banyak memberi ruang rezeki kepada saya dan keluarga. Malah, ia juga beri saya motivasi untuk bekerja lebih kuat dan tahun ini rasanya sambutan hari raya kami sekeluarga tahun ini pasti lebih meriah," jelasnya pendek.sumber:murai.com


Info Hangat Terbaru

Gosip Ditangkap Tak Puasa Tidak Jejaskan Lana Nordin


Awal Ramadan yang lalu, kecoh tentang berita penangkapan seorang selebriti wanita yang dicekup akibat tidak berpuasa serta berjudi di sebuah kafe siber di Puchong. Dan nama yang dikaitkan dengan selebriti wanita tersebut adalah pelakon seksi, Lana Nordin yang turut digelar Pamela Anderson Malaysia.
 
Menerusi kenyataannya kepada mStar Online hari ini, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nordin, 33, berkata, dia sudah lali dengan pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya dan menganggap perkara itu hanyalah perkara kecil.

Lana berkata gosip dia ditangkap tidak berpuasa sedikit pun tidak menjejaskan dirinya dan dia sendiri tidak kisah dengan cakap-cakap orang.

Tambah Lana, sama ada betul atau tidak kesahihan berita itu, dia sudah pun membuat penjelasan. Jadi terpulanglah kepada semua pihak sama ada mahu percaya atau tidak. Lana berkata dia tahu masih ada pihak yang sangsi dengan penafiannya itu.

Lantas dia mengambil keputusan untuk tidak memperdulikan cakap-cakap orang dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Tambah Lana, dia juga sering membuat lawak dengan isu diri ditangkap dengan teman-temannya kerana menganggap ia satu perkara yang tidak berasas lebih-lebih lagi dikatakan meminum arak sedangkan dia tidak pernah mengambil minuman keras.

Aktres itu secara jujur mengakui yang dia seorang yang gemar ke kelab, namun tidak pernah menyentuh alkohol atau dadah. Lana turut menambah yang dia sudah biasa dengan tafsiran negatif sesetengah pihak berdasarkan apa yang mereka lihat secara luaran terhadap dirinya.

Sementara itu, mengenai perkembangan terbaharunya, Lana bakal muncul menerusi drama Jodoh Itu Milik Kita yang akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Rabu pukul 10 malam bermula 19 Ogos depan di saluran 134, Mustika HD.SUMBER: MURAI.COM
Info Hangat Terbaru

Menarik ! Foto Lawak Giler (vol 88)


salam semua pembaca blog zamrispon kali ini memekkubasah nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog memekkubasah
ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.










Info Hangat Terbaru

Menarik ! Foto Lawak Bergerak (part 128)


salam semua pembaca blog zamrispon kali ini memekkubasah nak kongsi gambar-gambar yang pelik, aneh dan lucu untuk kita hilangkan tekanan setelah sehari suntuk kita menjalani kehidupan kita

Gambar-gambar ini dikutip di internet, untuk paparan di blog memekkubasah ini untuk kita segarkan semula minda kita . Selamat menyaksikan dan selamat berhibur.
 

daily-gifdump-177 



daily-gifdump-177 

daily-gifdump-177 

daily-gifdump-177 

daily-gifdump-177


Info Hangat Terbaru

Keindahan Taman Marqueyssac di Perancis


Sebuah taman yang terletak diantara bukit Perigord, Perancis akan memberikan pemandangan yang luar biasa. Taman Marqueyssac adalah salah satu keindahan bandar kecil Vesaz, Dordogne, Perancis. Taman ini dibina pada tahun 1861 oleh Julien De Cerval, yang memberikan hidupnya selama 30 tahun untuk membina taman Marquessac. Tanaman jenis Boxwood dipilih sebagai tanaman utama kerana tanaman ini dapat tumbuh dengan lebat, mempunyai tekstur yang kuat dan mempunyai warna hijau bercahaya.

Berjalan di taman ini dapat menjumpai bentuk-bentuk tanaman yang eksentrik. Bentuk-bentuk tanaman di taman ini dibuat oleh De Cerval dengan maksud tertentu. De Cerval ingin para pengunjung yang datang ke taman ini larut malam dalam suasana romantis di mana mereka juga akan menikmati keunikan bentuk-bentuk tanaman di tempat ini.

Pada abad ke 20 pemilik selanjutnya dari taman ini tidak menjaga peninggalan De Cerval, sehingga taman mengalami kerosakan. Baru pada tahun 1996, pemilik baru taman Marquessac, Kleber Rossilon, membina semula taman ini sesuai dengan konsep asal dan menambah beberapa kemudahan baru dengan suasana romantis khas abad 19. Taman Marquessac dibuka untuk umum pada tahun 1996. Kementrian Kebudayaan Perancis telah memasukkan taman ini sebagai salah satu peninggalan bersejarah Perancis.











Info Hangat Terbaru