Unik ! Pokok Bonzai Berusia 388 Tahun Terselamat Dari Bom Atom


 Jika pokok boleh bercakap, bonsai yang dikenali sebagai Hiroshima Survivor ini mungkin akan mempunyai banyak cerita. Bonsai jepun berusia 388 tahun ini telah melihat banyak peristiwa, baik dan buruk

 Mungkin yang paling luar biasa adalah bahawa pokok ini selamat dari bom atom yang menghancurkan Hiroshima pada tahun 1945. Terletak di kompleks keluarga Yamaki, kurang dari 2 batu dari tempat bom meletup, bonzai ajaib ini berjaya selamat dari pecahan kaca kerana kesan letupan bom atom yang menghancurkan rumah-rumah di Hiroshima.

 Pokok ini dan pemiliknya, keluarga Yamaki selamat, tidak mengalami luka kekal. Bonsai jarang ini pertama kali ditanam pada tahun 1625 dan berasal dari pulau Miyajima. Pada tahun 1976, pemilik bonsai, Masaru Yamaki memberikan pokok hiasan ini diberikan kepada rakyat Amerika sebagai sebahagian daripada Bicentennial Jepun. Kini bonsai jepun ini menjadi sebahagian koleksi dari Muzium National Bonsai & Penjing di Washington DC.






Info Hangat Terbaru