Menakjubkan ! 10 Bandar Berwarna-warni di Dunia.

Terdapat keunikan dan ciri khas di bandar-bandar yang penuh berwarna lebih daripada sekadar kemegahan bangunan, tumpukan konkrit dan pemodenan. Warna-warna di bandar menunjukkan ciri khas, budaya, kreativiti dan sejarah.

Warna-warna cerah ini boleh menukar rupa bandar secara signifikan. Bahkan ketika Edi Rama menjadi Datuk Bandar Tirana, ibu negara Albania, pada tahun 2000 dia berkempen untuk menambah warna ke bandar selepas kejatuhan rejim komunis. Pangsapuri dan bangunan-bangunan awam diwarnai dengan warna-warna cerah seperti warna merah jambu, hijau, biru dan merah.


Berikut ini bandar-bandar penuh warna cerah, mulai dari Guanajuato di Mexico hingga Bandar Biru Jodhpur di India.

 
1. Guanajuato City, Mexico

 

 
Terletak di pergunungan Sierra de Guanajuato, berdiri salah satu kota indah Guanajuato. Bandar ini ditubuhkan pada tahun 1554 berhampiran dengan lombong perak terkaya di daerah Mexico. Ledakan tambang pada abad ke 16 mengakibatkan pembangunan bangunan indah bergaya kolonial.

 
Jalanan dan lorong kota Guanajuato yang penuh dengan warna tersebar di segala arah, sementara sebahagian besar lalu lintas kenderaan awam melalui terowong bawah tanah, sehingga kota sangat nyaman bagi para pejalan kaki.


 
2. Willemstad, Netherlands Antilles


 

Willemstad adalah bandar utama dari Curacao yang terletak di sebelah selatan pulau. Seni bina kolonial Belanda Willemstad terlihat indah dan menyatu dengan perairan Caribbean.

 

Pusat sejarah kota terdiri daripada dua bahagian: Punda dan Otrobanda. Daerah Punda merupakan kawasan beli-belah utama dan pusat pemerintahan Antilles Belanda. Merupakan daerah tertua Willemstad yang ditubuhkan pada tahun 1634. Bangunan dengan warna-warna cerah dan pelbagai membuat para pelancong ingin berjalan menikmati pemandangan bandar yang unik.


 
3. Valparaiso, Chile


Valparaiso adalah sebuah bandar dan commune (pusat bandar) negara Chile, pusat conurbation (suatu kawasan tempat bergabungnya beberapa bandar) ketiga terbesar di dunia, salah satu bandar pelabuhan terpenting di Chile dan pusat kebudayaan di Amerika Latin.



Rumah-rumah di bandar ini dihiasi pelbagai warna-warna cerah. Hal ini disebabkan, pada zaman dahulu ketika kapal-kapal yang sedang bersandar di dermaga akan diperbaiki dan dicat semula, mereka akan meninggalkan cat tambahan di dermaga. Penduduk bandar akan mengambil apa-apa yang boleh diambil untuk mewarnai rumah mereka. Rumah-rumah penuh warna telah menjadi ciri khas Valparaiso.



 
4. St. Jhon s, Newfoundland, Canada


St. Jhon adalah ibu negara dan bandar terbesar di daerah Newfoundland dan Labrador, Canada dan merupakan bandar utama dari St. Jhon s Metropolitan Area. Terletak di hujung paling timur Semenanjung Avalon, pulau Newfoundland.



St Jhon merupakan bandar yang penuh warna, rumah-rumah tua dengan kayu berwarna cerah.



 
5. Manarola, Italy


Manarola merupakan bandar tertua di Cinque Terre, berada di tepi pergunungan Riviera, Itali. Bandar ini mempunyai pemandangan indah laut Mediterranean.




 

Dengan berjalan melalui jalanan yang berliku para pelancong boleh menikmati secawan kopi espresso di salah satu kafe outdoor dan menikmati pemandangan indah Laut Mediterranean.



 
6. Wroclaw, Poland


 

Bandar Wroclaw merupakan salah satu bandar yang paling indah di Poland. Perlahan-lahan kota mengingatkan kembali suasana abad ke 12 dengan seni bina bangunan bergaya Gothic.


Seperti pada sebahagian besar negara di Eropah, bandar Warsaw mempunyai hubungan kuat dengan Katolik Rom. Pada kota terdapat katredal yang penuh dengan warna yang menghiasi bandar.

 
7. Lima, Peru


 

Tidak seperti bandar lain di senarai ini, bandar lima merupakan bandar yang sangat sibuk. Bandar Lima merupakan perpaduan yang unik antara budaya asli dan asing. Bandar ini terkenal dengan gaya seni bina yang berbeza-beza.


Bangunan bergaya Spanish baroque, French neoclassicism dan art noveau menghiasi bandar dengan penuh warna.



 
8. Utrecht, Netherlands

 
Bandar Utrecht merupakan bandar paling ramai penduduk di wilayah Utrecht Belanda. Terletak di sebelah timur paling hujung Randstad dan merupakan bandar keempat terbesar di Belanda dengan jumlah penduduk 307.000.

 
Pusat bandar Utrecht mempunyai banyak bangunan dari abad pertengahan. Bandar ini dikenali sebagai bandar pendidikan dan budaya. Univeritas Utrecht yang merupakan universiti terbesar di Belanda juga berada di bandar ini.


9. Stockholm, Sweden

 
Bandar Stockholm merupakan salah satu ibukota terindah di dunia, dibina di atas 14 pulau yang dihubungkan oleh 57 jambatan. Bandar ini berdiri pada abad ke 12, dan telah lama menjadi salah satu pusat budaya, politik dan ekonomi Sweden.


 

Bangunan indah, udara segar, pemandangan hijau, berlimpah air merupakan ciri khas dari kota Stockholm. Bandar ini juga sering digelar Venice dari utara.

 
10. Jodhpur, India

 
Di tengah padang gurun Thar yang tandus terletak kota Jodhpur, terkenal dengan gelaran Bandar Biru. Digelar Bandar Biru kerana setiap bangunan rumah yang terletak di dalam benteng diwarnai dengan warna biru. Apabila dilihat dari atas bandar ini kelihatan seperti titik biru di tengah-tengah gurun Thar.

 
Masih belum diketahui mengapa penduduk di Jodhpur mewarnai rumah mereka dengan warna biru, hal ini diduga berhubungan dengan sistem kasta yang ada di India. Jodhpur merupakan bandar bersejarah penuh benteng, istana dan kuil.



 .

Info Hangat Terbaru