Wawa Zainal: Aeril Zafril Hanya Teman Rapat Saya

"SEBENARNYA tiada apa yang kami sorokkan kerana kami memang sudah lama berkawan rapat dan dia lelaki yang paling rapat dalam hidup saya kini," jelas aktres Wawa Zainal mengenai hubungannya dengan Aeril Zafril.

Menurut Wawa, dia tidak mahu mengklasifikasikan hubungan mereka kini berada di tahap seperti pasangan bercinta kerana tidak mahu kelak mereka yang mendapat malu.

"Saya tak mahu uar-uarkan kami bercinta, tapi bila tak menjadi, kami juga yang mendapat malu. Cukuplah saya katakan kami rapat dan saya amat senang berkawan dengannya," ujarnya.

Kisah pasangan selebriti ini bercinta bukanlah satu kisah baru untuk diperkatakan. Apatah lagi Wawa dan Aeril dikatakan mula rapat ketika membintangi filem 99 Kali Rindu.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak pernah mahu bercerita lanjut dan meletakkan status mereka sekadar teman sekerja sahaja sebelum ini.

Sementara itu, Wawa yang sedang bercuti semenjak hujung Jun lalu mengakui kesihatannya semakin pulih setelah dia menderita akibat buatan orang.

Menurut Wawa, setelah beberapa kali menjalani rawatan tradisional, dia kini semakin pulih dan kini hanya berehat di rumahnya di Sabah.

"Alhamdulillah, sebelum ini badan saya memang kurus dan sekarang badan saya dah kembali berisi seperti sedia kala.

"Saya akan bercuti sehingga minggu ketiga Syawal dan akan kembali ke Kuala Lumpur untuk bekerja," katanya.sumber:sinar harian


Info Hangat Terbaru