5 Reka Bentuk Bandar Yang Tercantik Didunia

1. ATHENA

 

Bandar ini berpenduduk sekitar 700.000 manusia namun bila dikira dengan daerah metropolitannya, jumlah penduduknya adalah kira-kira 3.5 juta orang. Athena juga menjadi pusat ekonomi, budaya, dan politik  di Greece. Athena juga sering disebut sebagai asal dari peradaban barat kerana pelbagai pencapaian kebudayaannya pada abad ke-4 dan ke-5 dan membuatnya kaya akan berbagai bangunan, monumen, dan karya seni kuno. Salah satu yang paling terkenal adalah Akropolis yang menjadi salah satu bukti seni Yunani klasik.
 
2. BRASILIA


 

BrasÃlia adalah sebuah bandar yang  terancang, dan dibina dalam  masa 41 bulan dari  tahun 1956 hingga hari perasmiannya pada 21 April 1960. Bandar tersebut ditakbirkan oleh Presiden Juscelino Kubitschek. Perancang bandar utamanya adalah Lucio Costa, arkitek utama dari kebanyakan bangunan awam adalah Oscar Niemeyer, dan seni bina landskap adalah Roberto Burle Marx. Bandar ini dirancang berdasarkan idea Le Corbusier.
 
3. FLORENCE



 

 Florence adalah ibu kota wilayah di Itali Tengah. Dibelah oleh Sungai Arno, di kaki bukit Apennine, bandar ini berjumlah 400,000 manusia . Merupakan tempat kelahiran Renaissance, sejak abad ke-14 sampai 16, Florence dikenali sebagai pusat budaya, ekonomi dan kewangan penting di Itali dan Eropah .

 Florence dianggap sebagai bandar mercu kebangkitan seni budaya Itali. Karya sastera yang lahir dari sasterawan besar berasal dari Florence. Sebahagianorang-orang kenamaan yang berperanan dalam perkembangan Renaissance seperti, Botticelli, Verrocchio, Leonardo da Vinci. Tokoh-tokoh asal Florence lain yang berpengaruh dalam pelbagai bidang antara lain Brunelleschi (arkitek), Donatello (pembuat patung), dan Mosaccio (pelukis). Galileo juga berasal dari Florence.
 
4. PARIS


 

 
Paris "Modern" adalah hasil dari perancangan ulangtahun pertengahan abad ke-19. Berabad-abad bandar ini telah membanggun sehingga  jalan mulai sempit, tapi berawal tahun 1852, urbanisasi luas Baron Haussmann meratakan seluruh daerah untuk membuat jalan lebar yang dilengkapi dengan bangunan batu neo-klasik bourgeoise. Sementara bandar Paris masih mengenakan undang-undang "pelurusan" yang telah diubah (facade bangunan diganti menurut lebar jalan) pada beberapa pembangunan baru. Tinggi bangunan juga ditetapkan menurut lebar jalan yang dilalui, dan kod bangunan Paris telah mengalami pelbagai perubahan sejak pertengahan abad ke-19 untuk pembinaan tinggi.

 
5. BARCELONA




Sebuah bandar di Sepanyol, Berdiri pada 230 SM, kota ini berperanan sebagai galeri hidup dari seni bina dan hiasan bergaya modernis dan Art Nouveau (Seni Baru). Kuil-kuil dan bangunan karya arkitek Antoni Gauda, ​​gereja abad pertengahan, sisa tembok Romawi dan plaza serta tempat orang berjalan-jalan-semuanya terkesan istimewa. Luas wilayahnya adalah 100,4 km ².




Info Hangat Terbaru