10 MuziumPaling Seram Di Dunia

1. House on the Rock

 

Muzium ini asalnya direka untuk mengumpul benda apa- apa saja, House on the Rock terletak di Deer Shelter Rock, Wisconsin yang pertama kali dibuka pada tahun 1959. Disini terdapat replika dari berbagai kota Amerika di awal abad 20 replika juga ada monster laut sepanjang 200 kaki.


Namun sayangnya semua koleksi di rumah muzium ini  dibiarkan berdebu dan dalam ruang gelap. Korang boleh membayangkan bagaimana sebuah bilik gelap mengandungi pelbagai alat muzik tua dan beratus-ratus boneka tak terusik bersatu dengan bau hapak dan hawa mistik menyeramkan!


2. Glore Psychiatric Muzium




Siapa yang tidak ingin melihat sebuah muzium yang didedikasi untuk sejarah hal hal hebat seperti rawatan kejutan elektrik dan Lobotomies? Ya.hampir semua orang minat hal itu, tapi jika korang ingin lihat hal hal yang mengejutkan, sila berkunjung ke Glore Psychiatric Museum.


 Dan jika korang melihat bahagian paling mengerikan di muzium ini, relak saja sebab itulah kenikmatannya. Jangan lupa untuk melawat kawasan rawatan kuno di mana anda boleh melihat instrumen untuk pesakit yang mengalami pendarahan dan dibilik bedah psychosurgical menarik yang membuat korang terus melangkah.


3. New Haven Ventiloquist Muzium


 

Di New Haven Connecticut terdapat sebuah muzium yang hanya mengandungi baris demi baris boneka Ventriloquist tua. Setiap tempat duduk di teater mempunyai boneka di dalamnya. Sekarang kebanyakan orang tidak lagi menderita Autonomatonophobia (rasa takut jika melihat figur manusia buatan - yes it s real) Ada seribu "Chuckie" disini.



4. Catacombs of Palermo


 

Catacombs dari Palermo berubah menjadi sebuah muzium kematian. Jauh di dalam perut biara Kapusin korang boleh melihat ratusan mayat - baik sami atau mayat mayat masyarakat setempat.


 Mayat mayat ini di bariskan di sepanjang dinding dalam pakaian saat mereka dikuburkan. Mayat-mayat itu diletakkan di Katakom dari akhir abad ke-16 sampai pengebumian yang terakhir - Rosalia Lombardo pada 1920-an.

 Udara sejuk dan persekitaran yang kering bermakna bahawa jenazah sangat dijaga dengan baik - tersimpan dengan sangat baik sehingga kelihatan seperti tidur.Yang paling mengerikan mayat mayat ini seperti terlihat siap bangun setiap saat untuk menyerang para pengunjung.


5. London Dungeon


 
 

Ruangan bawah tanah London yang sangat terkenal. Meletakkan benda benda menakutkan yang telah tersedia disini. Sebuah peninggalan penjara bawah tanah dan tempat penyiksaan di abad pertengahan. 


Jika anda pergi ke Dungeon sebaiknya minum dulu jika memiliki sakit jantung sebab disini banyak pelakon bayaran yang akan melompat tiba tiba dan menakut nakutkan korang. 

Barisan masuk kesini sangat panjang, sebab tarikan yang sangat terkenal. Satu-satunya tempat lain yang mempunyai beratur terpanjang lainnya iaitu kedai roti di Soviet Rusia.


6.Lombrop 's Museum of Criminal


 

Cesare Lambroso mendirikan sekolah Itali kriminologi. Tidak menghairankan jika muzium ini - diisi dengan objek yang memang mengerikan.Dikombinasikan dengan berbagai macam koleksi yang menggambarkan tindak kejahatan, ada senjata yang digunakan untuk menyembelih manusia, bahkan Lambroso mempunyai koleksi kepala yang di awetkan dalam botol formalin dengan sempurna. 


Jika anda tertarik dengan kisah kejahatan - atau hanya ingin menghabiskan hari menatap tengkorak, potongan sisa sisa tubuh manusia, dan benda-benda mengerikan lain, ini adalah tempat yang sesuai.


7. Madame Tussaud


 

Ini mungkin entri yang paling terkenal di dalam senarai. Madame Tussauds di London yang terkenal kerana koleksi replika terbesar yang dibuat dari lilin - kebanyakan dari orang-orang terkenal.


 Tapi muzium itu mulai lebih mengerikan. Madame Tussaud memulakan koleksi sejak revolusi Perancis. Dia akan pergi ke Guillotine setelah mendengar ada orang telah dilaksanakan dan membuat cetakan lilin kepala mereka yang terputus!. Dan yang paling dikenali mungkin adalah patung lilin Raja terakhir dari Perancis.

 Kesemua kepala ini dipamerkan di muzium bersama dengan koleksi lain yang mengerikan, menampilkan gambaran kesedisan dalam sejarah. Ketika korang melihat patung replika berukuran seperti asli dari salah satu korban Jack the Ripper, kalian akan berfikir dua kali untuk kemari. 

Oh ya satu lagi-untuk membuat hal-hal yang lebih menakutkan, ruang penuh kengerian ini sekarang menambah tarikan dengan pelakon yang akan melompat keluar dan menakut-nakutkan pengunjung. Sepertinya korang harus membawa seluar dalam lebih kerana mungkin korang akan terkencing dalam seluar nanti


8.Museum of Anatomy




Honoré Fragonard adalah seorang profesor anatomi - sekurang-kurangnya dia sampai ia dikurung kerana menunjukkan gejala kegilaan! Dua puluh tahun kemudian ia mulai pekerjaan yang akan membuat prestasi cemerlang dalam hidupnya.


 Tahun 1794 ia mengumpulkan mayat untuk koleksinya dan menjadi muzium tentang anatomi terbesar. Muzium direka untuk menyimpan dan mempamerkan koleksi mayat yang dikuliti olehnya dan diawetkan dengan resipi resipi rahsia - resipi yang tetap menjadi misteri hingga ke hari ini. Koleksinya mengandungi tubuh haiwan yang dikuliti dan di awetkan, mayat kanak-kanak, dan juga mayat jenayah yang tewas dilaksanakan serta koleksi tengkorak dari pesakit-pesakit gangguan mental.


9. Mutter Muzium


 

Muzium Mutter terkenal kerana koleksi yang besar dari spesimen tengkorak dan anatomi termasuk model lilin seorang wanita dengan tanduk manusia tumbuh di dahinya, dipamerkan juga sebuah kerangka tertinggi dari Amerika Utara, usus manusia sepanjang 5 kaki (digambarkan di atas) yang mengandungi lebih daripada 40 pon kotoran , dan ketakutan tubuh dari Soap Lady misteri yang seluruh tubuh mayat itu berubah menjadi sabun setelah dia meninggal. 


Muzium ini juga rumah tumor ganas diambil dari tubuh Presiden Grover Cleveland, ada juga hati kembar siam dari Siam terkenal Chang dan Eng Bunker, dan bahagian organ pembunuh Presiden Abraham Lincoln, John Wilkes Booth.

10.The Purgatory Muzium




Menurut doktrin Katolik, orang yang meninggal dengan hanya sedikit dosa pada jiwa mereka akan menuju ke api penyucian untuk dibersihkan oleh api itu sebelum melayang ke syurga.


 Di Gereja Hati Kudus di daerah Prati Rom, terdapat sebuah muzium kecil yang terletak di belakang altar samping. Ini adalah muzium api penyucian. Tempat ini benar-benar menakutkan, mempamerkan dokumentasi kes-kes manusia-manusia di api penyucian yang kembali ke bumi untuk menghantui.

 Beberapa item yang dipamerkan iaitu meja dengan tanda hangus dan garis-garis yang diukir dari itu oleh tangan dari dunia lain, serta jejak cap jari terbakar pada pakaian dan peralatan tempat. 

Tapi mungkin item yang paling menakutkan dari semua itu adalah sebuah buku mengandungi telapak tangan hangus di salah satu lembarannya. Sebuah telapak tangan biarawati yang sudah lama meninggal dan terjebak di api penyucian atas dosa dosa yang tidak diketahui.sumber





Info Hangat Terbaru