Hattan Sah Nikahi Semula Bekas Isteri, Aryani

Penyanyi popular, Datuk Hattan atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Sahabuddin telah selamat mendirikan rumah tangga dengan Arianie Mohd. Abidin yang juga merupakan bekas isterinya petang semalam. 

Dengan lafaz sebanyak 2 kali, pasangan itu selamat disatukan dengan mas kahwin sebanyak RM300.
Menerusi laporan mStar Online, majlis akad nikah ringkas pasangan itu berlangsung sekitar jam 6 petang di Hotel Marriot, Putrajaya.


Hattan dan Aryani telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa.
Pasangan ini pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Turut hadir ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan isteri rakan artis seperti Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain, Misha Omar, Sharifah Eja serta bekas bintang bola sepak kebangsaan, Zainal Abidin Hassan dan Dollah Salleh.sumber:murai.com


Info Hangat Terbaru