4 Pantai Berpasir Luar Biasa dan Unik di Dunia

Semua orang pasti akan terbuai ketika menikmati simfoni tiupan angin bayu serta deru suara ombak yang menghempas hamparan pasir putih nan halus. Namun kalau tidak berwarna putih  tidak mengapa, bukan?! Siapa tahu pasir pantai dengan warna dan tekstur yang sedikit berbeza  malah akan membawa kesegaran dan keajaiban dalam percutian anda.

Namun sebenarnya dari mana datangnya warna-warna manis yang membalut pasir ini berasal? Tentu saja bukan dari pewarna makanan, melainkan dari mineral padat serta pelbagai bahan bumi yang hancur akibat gempuran ombak yang menghemtam permukaan bumi hingga akhirnya menjadi butiran kecil. Dan dari kesejukan Hawaii hingga kilau California, ini dia empat pantai dengan warna pasir paling luar biasa.
 
1. Pantai pasir hijau di Papakolea, Hawaii



Pantai Papakolea yang kaya akan mineral olivin (salah satu unsur utama yang dihasilkan oleh mendapan lava gunung berapi di Hawaii) mempunyai sebuah lekukan yang nyaris seperti kon silinder dengan pasir berwarna hijau tua yang menarik, terhampar bagai sebuah padang rumput. Pantai ini boleh anda dapati di sebelah selatan Big Island, dilindungi oleh sebuah bukit yang mempunyai permandangan cukup indah.


2. Pfeiffer Beach di kawasan Big Sur, California, yang berpasir ungu muda.


 

Di malam hari, ketika sinaran bulan memancar perlahan-lahan, maka zarahair laut yang mewarnai pasir hingga terlihat ungu akan nampak bercahaya, dan pantulannya di permukaan air kelihatan seperti  ade aura tersendiri. Terbentang dari sebelah selatan pantai hingga membentang ke utara, warna pasir secara beransur-ansur akan nampak semakin pekat. Di siang hari, warnanya juga masih nampak mempesona.


3. Pantai berpasir merah muda di Harbour Island, Bahamas


 

Pasir di kawasan Harbour Island diperbuat daripada formula alam yang terdiri dari sedikit serpihan karang, cengkerang kerang, serta kalsium karbonat dari invertebrata laut yang berukuran sangat kecil, serta tambahan bahan rahsia berupa kandungan Foraminifera, amoeba mikroskopik yang mempunyai  tubuh berwarna merah atau merah jambu cerah. Dengan kesabaran yang hanya dimiliki oleh alam, proses jutaan tahun menghasilkan butiran pasir pantai yang nampak indah dengan warna merah muda.


4. Pantai berpasir kaca di Fort Bragg, California


Lokasi yang suatu ketika pernah menjadi tempat pembuangan sampah ini kini telah menjelma menjadi salah satu pantai buatan manusia yang paling menakjubkan di dunia. Proses pasang surut pantai yang telah berjalan selama beberapa dekad telah melicinkan pecahan-pecahan kaca hingga menjadi butiran kristal bergerigi yang selesa di kaki. Hamparan batu kaca yang bersekongkol dengan butiran pasir Fort Bragg adalah salah satu destinasi pelancongan yang harus anda lawati diantara semua pantai menyilaukan  di Bandar California.





Info Hangat Terbaru