Ngeri ! Ibu, Anak Mati Dirempuh Land Rover

KEADAAN motosikal yang dirempuh Land Rover hingga mengorbankan dua beranak di Serdang kelmarin.

SERDANG - Dua beranak termasuk seorang budak lelaki berusia dua tahun terbunuh selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan jenis Land Rover di Taman Lestari Perdana, Persiaran Lestari Perdana di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 11.30 malam itu menyebabkan Siti Norbaiti Hassan, 21, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Zulhairi Hafiz meninggal dunia di Hospital Serdang kira-kira dua jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abdul Razak Elias berkata, ketika kejadian, Siti Norbaiti dan anaknya membonceng motosikal bersama suaminya.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Info Hangat Terbaru