Pelik ! Pasangan Pengantin Meraikan Majlis Perkhawinan di McDonald's.


Sepasang kekasih yang meminati makanan segera mengadakan majlis resepsi di sebuah restoran McDonalds di Cribbs Causeway di sini semalam. 


Pasangan tersebut, Stephen Asher dan isterinya, Emily Marshall memilih restoran tersebut ekoran mereka banyak mengadakan temujanji di premis itu.

PASANGAN pengantin baharu Stephen dan Emily Asher bergambar di Dalam makanan segera McDonald's di Cribbs Causeway, Britain

Pasangan pengantin baharu itu yang tiba di restoran berkenaan dengan menaiki sebuah kereta limousin menjamu selera bersama 33 orang tetamu di restoran berkenaan.
Stephen yang bekerja di sebuah gudang syarikat makanan sejuk beku amat gembira dapat mengadakan majlis keraian tersebut di McDonald's.





"Apabila saya melihat Emily menyarung pakaian pengantin buat pertama kali, saya tidak menyangka dia kelihatan sangat cantik.


"Kami berdua berasa sangat gementar," katanya yang membelanjakan £150 (RM745) untuk acara resepsi di restoran berkenaan. 

.



Info Hangat Terbaru