5 Taman Hiburan Paling Unik dan Aneh di Dunia.

Semua orang menyukai taman hiburan. Dapat dinikmati oleh pelbagai jenis orang dengan berbagai minat, untuk berjalan-jalan menikmati suasana, atau turut ikut dalam pelbagai permainan yang ditawarkan di dalamnya, taman hiburan merupakan tempat yang menyenangkan bagi semua orang. Tapi hati-hati apabila anak-anak anda mengajak ke taman hiburan yang belum anda kenal, di beberapa sudut kota dan negara, taman hiburan mempunyai tema yang cukup aneh, bahkan cukup menakutkan untuk golongan kanak-kanak.

1. Love Land (Taman Cinta)



 
Ini adalah suatu taman hiburan di Korea. Mempunyai lebih daripada 140 patung yang menggambarkan kedudukan seksual yang berbeza. Taman ini merupakan destinasi bulan madu yang cukup terkenal. Dengan ukiran dan patung yang bermaklumat, taman hiburan ini bertujuan untuk memberi pendidikan seks bagi pengunjungnya.


2. Dickens World (Dunia Dickens)




 
Taman hiburan ini bertempat di Inggeris yang dibina berdasarkan semua hasil karya Charles Dickens yang unik dan kontroversi.


3. Bon Bon Land (Dunia Bon Bon)





Taman hiburan ini terletak di Denmark, memberi tumpuan pada muntahan dan tahi anjing. Karakter-karakter yang dipaparkan di pelbagai watak di taman ini menggambarkan karakter mabuk dan membuat muntah. Bahkan ada tanda-tanda bertuliskan "pervert" untuk menunjukkan tandas yang mempunyai watak-watak buah dada dan alat kemaluan yang terbuka. Suara-suara yang menghiasa taman bermain inipun cukup unik, dari suara muntah, kentut, dll.


4. Hershey Park (Taman Hershey)



 
Sesuai namanya, taman hiburan ini ditubuhkan oleh pengeluar coklat Hershey. Bertempat di Pennsylvania, taman ini mempunyai 60 tempat bermain dan sebuah kebun binatang sendiri. Karakter-karakter yang muncul disesuaikan dengan produk-produk coklat Hershey, seperti Hershey Kisses, Hershey Bar, dan Reeses Peanut Butter Cup.


5. Haw Par Villa



 
Taman ini terletak di Singapura. Ini adalah taman mitologi China. Mempunyai lebih dari seribu patung dan mempunyai 150 diorama yang menceritakan semua tentang pelbagai cerita rakyat, legenda dan sejarah di seluruh China.sumber





Info Hangat Terbaru