Justin Bieber Disaman Kerana Belasah Jurugambar

Apa lagilah yang tidak kena dengan si Justin Bieber. Dari satu insiden ke satu insiden, si protege Usher ini tidak habis-habis mencetuskan kontroversi.


Terbaru adalah kes dia membelasah seorang jurugambar, Jose Osmin Hernandez hingga menyebabkan kecederaan di sekitar abdomen lelaki itu.



Kejadian membelasah itu berlaku selepas Justin Bieber didakwa tidak berpuas hati dengan tindakan Jose Osmin Hernandez merakamkan aksi dia dengan Selena Gomez yang ketika itu kekasihnya di The Commons in Calabasas pada tahun lalu, sewaktu penyanyi Baby ini sedang memasukkan kereta Mercedes terbarunya di kawasan lot parkir.



Justin Bieber yang juga hit dengan lagu The Beauty and the Beat didakwa kecewa dengan tindakan jurugambar itu lalu melompat keluar dari keretanya dan terus membelasah jurugambar itu dengan melakukan beberapa aksi dan tendangan seni mempertahankan diri di bahagian abdomennya.



Akibat daripada itu, Jose Osmin Hernandez bertekad untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Justin Bieber dengan menyaman penyanyi itu. Saman yang dikeluarkan ke atas Justin Bieber itu turut menyebut bahawa penyanyi berusia 19 tahun itu telah menyerang jurugambar itu tanpa henti.sumber



Info Hangat Terbaru