Pelakon, Nabila Huda akhirnya mengesahkan hubungan cintanya bersama Nas-T sudah pun berakhir kira-kira sebulan yang lalu Tiada sebab dan punca yang kukuh, Nabila Huda yang akui masih menyayangi Nas-T berkata dia hanya boleh terima jejaka itu sebagai kawannya seperti sebelum ini, tetapi bukan sebagai seorang kekasih.
"Saya akui kami baru sahaja menjalinkan hubungan cinta tetapi kini saya sudah kembali single sejak sebulan yang lalu. Saya sendiri tidak dapat menjelaskan punca hubungan kami putus.
"Cuma apa yang saya boleh katakan, kami sudah menjadi child buddy sejak dari dulu, namun bila kami bercinta, baru kami sedar yang ianya agak pelik dan seperti ada benda yang tak kena di antara kami.
"Lama-kelamaan saya jadi takut pada cinta yang terjalin ini kerana saya rasa cinta itu akhirnya seperti boleh merosakan persahabatan yang telah kami bina sejak dari dulu.Namun, saya masih sayangkan dia dan kami berkawan seperti biasa kerana saya sendiri rindukan masa-masa kami menjadi kawan yang akrab dulu," katanya
Nabila Huda ditemui selepas Tayangan Eksklusif Episod Akhir Teduhan Kasih yang di adakan di Medan Selera, Rasta, Taman Tun Dr Ismail, Damansara, petang semalam.
Terdahulu, Nabila Huda pernah menaikkan status seperti berbaur putus cinta di laman sosial Instagram apabila akui gembira berada di samping Nas-T, sebaliknya menyatakan hubungan mereka akan berjalan seperti rakan biasa.
Pun begitu, anak kepada penyanyi rock lagenda, Amy Search itu memberitahu dia kini lebih selesa dengan kehidupannya sebagai ibu tunggal dan dalam masa yang sama menyara hidup sebagai anak seni tanpa memikirkan soal cinta.
"Saya rasa saya sebenarnya lebih selesa hidup sendiri. Mungkin kerana sudah terbiasa begini. Terus-terang saya tak rasa lonely sebaliknya saya seronok kerana sentiasa sibuk dengan kerja saya sebagai pelakon yang setiap masa berada di set penggambaran.
"Malah, saya seperti tiada masa untuk bercinta kerana lepas balik penggambaran saya akan cari anak saya dan lebih suka berehat di rumah serta tidur," jelasnya lagi.
Diminta mengulas mengenai pandangan bapanya terhadap hubungan cintanya selama ini, Nabila memberitahu Amy Search tidak banyak tahu mengenainya kerana dia tidak berminat berkongsi hal peribadinya dengan sesiapa termasuk keluarga.
"Sebenarnya papa (Amy Search) tidak kisah dengan siapa saya berkawan selagi saya tahu memilih kawan. Malah saya jenis anak yang tidak suka berkongsi mengenai hal peribadi saya kepadanya, apatah lagi orang luar.
"Lagipun saya tinggal sendiri dan saya uruskan semua hal saya dan anak sendiri. Memang kami ada berjumpa setiap sebulan sekali tetapi saya lebih suka bincangkan hal-hal kekeluargaan berbanding kisah peribadi saya,"luahnya lagi.
Nabila dan Nas-T baru sahaja menjalinkan hubungan cinta dan diketahui umum sejak April lalu selepas masing-masing membuat pengakuan terbuka mengenai hubungan mereka.sumber
Info Hangat Terbaru